Wednesday, January 30, 2008

Penumpang nampak pemandu bas main SMS

Utusan Malaysia Online - Januari 2008

SLIM RIVER 25 Jan. - Pemandu bas dua tingkat yang terbabas dan terbalik hingga tiga penumpangnya maut di Kilometer 384 Lebuh Raya Utara- Selatan dekat Behrang dikatakan bermain khidmat pesanan ringkas (SMS) ketika memandu.

Salah seorang mangsa yang ditemui di Hospital Slim River di sini memberitahu, mereka dapat melihat pemandu bas berkenaan asyik bermain SMS sedangkan pada masa itu bas dipandu laju ketika hujan lebat.

Mangsa yang bekerja sebagai doktor dan enggan dikenali berkata, kecuaian pemandu tersebut amat menakutkan penumpang lain kerana tindakan itu amat berbahaya dan boleh mengundang malapetaka.

Seorang lagi mangsa, Netty Herlina, 33, berkata, bas berkenaan dipandu laju hingga menyebabkan bas itu membuai dan bergoyang-goyang.

''Saya duduk di tingkat atas dan apabila bas itu terbabas saya telah tercampak keluar daripada bas. Selepas itu saya tidak sedar apa-apa hingga di bawa ke hospital," katanya.

Nasha Hairi, 40, pula berkata, ketika bas berkenaan sedang bergoyang, dia melihat pemandu bas tersebut berdiri secara tiba-tiba seolah-olah terkejut dan takutkan sesuatu.

''Selepas itu saya dan penumpang lain jadi ketakutan dan menjerit sekuat hati sejurus sebelum bas berpusing dan terbalik," katanya.

Dalam pada itu, Rosnah Ismail, 37, salah seorang penumpang MPV jenis Honda Oddysey yang merempuh bas tersebut pula memberitahu, bas itu kelihatan berputar sebanyak tiga kali dan memasuki laluan bertentangan sebelum terbalik.

''Memang kami tidak sempat membrek dan mengelak bas tersebut kerana bas itu melintang betul-betul di tengah lebuh raya," katanya yang hanya cedera ringan.

2 comments:

Unknown said...

HEY,

I;m doign best also at askign everybody 2 support in our petition..HOWEVER, I've got a suggestions,why don't you guys put up like numbers??

for example, a board or charts showing the number of petitions gathered....

so,,,we can see wat's the numbers...right now,I ave no idea how signatures we have already,,,


Thanks,

suching

Anonymous said...

alright. noted. :)